Saturday, November 10, 2012

MPOB lancar MPOB F2 Super K

KOTA KINABALU 10 Sept. - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini melancarkan formulasi baja bio dikenali sebagai baja MPOB F2 Super K sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2012 di sini.

Pengerusi MPOB, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, baja MPOB F2 Super K itu dapat membekalkan nutrien seimbang dan sesuai digunakan di kawasan tanah gambut sekali gus mampu meningkatkan hasil sawit dan pendapatan pengusaha sawit.

"Penggunaan baja jenis ini yang mengandungi bahan mineral bermutu tinggi akan membantu tumbesaran pokok sawit di samping meningkatkan kecekapan penyusupan air dan mengekalkan nutrien serta meningkatkan kualiti tanah untuk jangka panjang.

"Ia juga membolehkan pertumbuhan yang lebih baik selain meningkatkan kecekapan dan nilai baja," katanya pada Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini hari ini.

Pelancaran baja baru itu disempurnakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin Hadir.

Pada majlis itu, MPOB turut menyerahkan mesin pemotong buah sawit bermotor dikenali sebagai Cantas kepada Koperasi Penanaman Sawit Mampan Daerah Tongod, Kunak, Kinabatangan, Tawau, Beluran dan Keningau.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20120911/ko_02/MPOB-lancar-MPOB-F2-Super-K#ixzz2BpajkgyO
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment